Latar belakang Konsert Ikhlas 1992

Berikutan sambutan terhadap album kompilasi Ikhlas, Roslan Aziz Productions pada November 1992 mengumumkan akan menganjurkan Konsert Ikhlas yang dijangka akan berlangsung pada 25 Disember 1992.[4][5] Menjelang konsert, artis RAP yang terdiri daripada Sheila Majid, Zainal Abidin, Amir Yussof, Azman Warren, Zubir Ali dan Afdlin Shauki,[6] mengadakan sesi beramah mesra bersama peminat di Bukit Bintang Plaza pada 14 Disember 1992.[7] Kos penganjuran konsert ini menelan belanjawan sebanyak RM1.2 juta, sekaligus mencipta sejarah apabila menjadi konsert berbayar paling termahal di Malaysia.[8] Konsert Ikhlas berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 25 Disember 1992,[9][10] bersempena sambutan Hari Krismas.[11][12] Ia mencatat sejarah dalam industri muzik tanahair apabila ia menjadi persembahan penghibur tempatan yang paling ramai ditonton, melebihi 40,000 orang yang membayar tiket RM15 seorang.[13][14][15]

Rujukan

WikiPedia: Konsert Ikhlas 1992 https://www.klik.com.my/item/story/1026026/an-xmas... https://www.klik.com.my/item/story/1031896/rap-gan... https://www.klik.com.my/item/story/1033542/make-a-... https://www.klik.com.my/item/story/1036367/in-the-... https://www.klik.com.my/item/story/234578/peminat-... https://www.klik.com.my/item/story/2443879/konsert... https://www.klik.com.my/item/story/307808/40-000-s... https://www.klik.com.my/item/story/321280/konsert-... https://www.klik.com.my/item/story/321586/konsert-... https://www.klik.com.my/item/story/321813/konsert-...